
Tip Senang Nak Slim !
Anyeong guys ! (tetiba jadi minah saleh celup korea)
Sementara saya tunggu game loading lambat sangat , apa kata kita share
tips tips nak kurus . bagus ni tau . bukan setakat untuk diamalkan .
tapi juga boleh masukkan sebagai isi karangan . wa siyes ni bhai . pasal saya pernah kena buat karangan amalam pemakanan sihat lah ,
langkah mengatasi obesiti lah . so semalam saya tengah baca
novel , belambak tips dalam novel nih . mula lah terfikir kenapelah
dahku tak terbaca sebelum jawab exam dulu . hampeh betul .

Pastikan
kanak kanak semua ambik sarapan ya ! kajian membuktikan siapa yang tak
ambil sarapan lebih cenderung gemuk . ni sebab sarapan membantu
menstabilkan hormon dan paras gula dalam darah . kadar metabolisme untuk
bakar kalori pun meningkat . aiyooo . i sokmo bangun
lambat , sarapan pun dah jadi breaklunch . macam mana ya ?

Minum air lapan gelas sehari . air ni penting bagi membantu metabolisme tubuh .

makan
secara kerap , tapi dalam kuantiti yang sedikit . ni pun dapat bantu
tingkatkan metabolisme badan . jangan pulak makan kerap dan sekali makan
tu banyak . kalau macam tu eloklah sorang kerja sambilan jadi santa
atau snowman sepanjang krismas nanti . badan pun dah ala ala kan ? huhu

ambil
sesuatu yang pahit atau masam sebelum makan . contohnya korang minum la
air lemon ke , kopi ke , kunyah buah peria mentah mentah ke . hehe .
cara ni buatkan tekak kita rasa pahit then hantar isyarat melalui otak
untun menggalakkan rembesan acid HCl dan acid . kalau kurang asid HCL
dengan enzim ni , boleh menyebabkan ketidakcekapan pengahadaman ye anak
anak .

Siapa
suka buah epal ? berita baik sebab mengikut kajian buah epal dapat
bantu kuruskan badan sebab cik epal sangatttt kaya raya dengan serat .
so , apa yang kita perlu buat is makan tiga biji epal setiap hari .
sejam sebelum sarapan
sejam sebelum makan tengah hari
sejam sebelum makan malam

ambil
makanan berempah atau yang pedas pedas . sebab makanan berempah macam
cili dapat bakar kalori dan meningkatkan pembakaran lemak .

ucapkan
bubbye kepada minuman berkarbonat . bukan setakat ucap tapi jangan
minum jugak ! sebab minuman berkarbonat nih mengandungi tujuh hingga
lapan sudu gula . ish , banyak tu . patut pun jadi hiper bila minum air
gas . pasal gula dalam badan banyak sangat . hehek

kurangkan pengambilan gula . sebab satu sudu gula = 32 kilo kalori

v
kurangkan kuantiti garam dalam makanan . kalau garam banyak sangat
dalam badan , menggalakkan penakungan air . so , kalau kurang kan garam ,
takungan air pun kurang . means kurang la berat badan sebab air tu . ni
la kot yang orang dok panggil gemuk air ?

guna
piring rata , bukan piring cekung bila nak makan . dan semestinya bukan
mangkuk ya ! makin cekung pinggan kita makin tinggi la nasi tu
bertimbun . ambil sayur dulu untuk isi pinggan , then baru nasi and last
sekali daging .

jangan makan depan tv ! makin syok rancangan tv tu , makin banyak junkfood yang korang akan telan !

nikmati
makan slowly . kunyah 44 kali . ikut sunnah . haha . sebab bila kita
makan lambat lambat , tubuh akan mnghantar isyarat menunjukkan kepuasan .
baru lah kenyang . ni tak , kunyah dua tiga kali terus telan . makan
dua pinggan pun belum tentu rasa kenyang .
dengar tu cik naga , nikmati makanan perlahan lahan . haha .

bila
terasa makan nak makan je , ataupun bahsa senang mulut ni rasa macam
nak mengunyah je kan . pergi berus gigi or kunyah chewing gum . pasal
rasa berangain di mulut boleh membantutkan selera . kalau nak makan
jugak (degil sangat nak buat macam mana kan?) makan buah je . jangan
makan jajan pulak !
P/S : syukur rumah saya memang selalu tak ada langsung stok jajan . so bila lapar tak ada apa nak mengunyah T_T

jalan jalan lepas makan . ni bantu bakar kalori ye .
okaylah . tu je ! so , selamat beramal and semoga semua berjaya slim . hahaha :D
0 Comments:
Post a Comment